SKPSA 2019

Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam

18-20 JULAI 2019 . The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru, Johor

Seminar ini dirangka dengan mantap dan menyeluruh untuk mencakupi isu-isu dan cabaran-cabaran yang berkaitan dengan tadbir urus sektor awam. Berkonsepkan perkongsian maklumat, idea dan pengetahuan mengenai isu-isu semasa meliputi perakaunan, pengauditan dan integriti dalam tadbir urus organisasi akan dikemukakan melalui kertas kerja yang akan dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Pada 28 hingga 30 Ogos 2012 yang lalu, Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam 2012 (SKPSA 2012) buat pertama kalinya telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perakaunan. Dengan tema "Memperkasa Integriti Sektor Awam Melalui Pemantapan Sistem Kewangan dan Pengauditan", seminar ini telah diadakan dengan jayanya di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, Sabah menarik penyertaan seramai 170 orang kakitangan kementerian, jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga agensi-agensi kerajaan.

Pada 26 hingga 29 Ogos 2013, Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam 2013 (SKPSA 2013) telah dianjurkan di Kuala Terengganu pula. Seminar dengan tema "Melestari Perkhidmatan Kelas Pertama Sektor Awam Melalui Inovasi Kewangan dan Pengauditan" telah menarik penyertaan seramai 149 orang peserta.

Selain semangat dan keinginan Pusat Pengajian untuk terus menyumbang kepada masyarakat dalam perkongsian ilmu di bidang kewangan dan pengauditan sektor awam, penganjuran seminar untuk tahun 2014 ini dirangka dengan mantap dan menyeluruh untuk mencakupi isu dan cabaran yang berkaitan dengan tadbir urus sektor awam. Berkonsepkan kepada perkongsian maklumat, idea dan pengetahuan mengenai isu-isu semasa meliputi perakaunan, pengauditan, innovasi dan integriti dalam tadbir urus organisasi akan dikemukakan melalui kertas kerja yang akan dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang pakar di bidang masing-masing.

Penganjuran Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam 2014 juga sebagai memenuhi permintaan para peserta SKPSA 2012 dan 2013 yang mahu seminar ini diadakan setahun sekali sebagai tali penghubung di antara para warga kerja sektor awam di dalam bidang perakaunan dan pengauditan dan dengan ahli akademik. Menurut mereka, sebagai pengamal perakaunan di sektor awam, jarang sekali wujud seminar yang diadakan khusus untuk akauntan dan juruaudit sektor awam bagi memberi ruang mereka meningkatkan pengetahuan dan berkongsi pengalaman berkenaan bidang mereka, sekaligus mengutip mata CPD (continuous professional development) untuk kegunaan keahlian badan profesional.

Tema SKPSA 2014

Modenisasi Sektor Awam: Mendepani Cabaran Pentadbiran Kewangan Yang Telus dan Mampan

Peserta

Persidangan ini adalah terbuka kepada ahli-ahli akademik, para penyelidik, pegawai-pegawai sektor kerajaan terutamanya Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan-Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan dan pihak-pihak lain yang berminat.

Objektif

Objektif seminar ini adalah untuk:

  • Memperkenal serta menjelaskan konsep-konsep asas dan juga isu-isu terkini mengenai perakaunan dan pengauditan di sektor awam;
  • Membincang, meningkatkan kefahaman dan mengenengahkan isu-isu dan cabaran berkaitan dengan tadbir urus sektor awam supaya membolehkan perbincangan bermakna bagi para peserta;
  • Menyediakan ruang kepada warga sektor awam dari kumpulan pengurusan atasan hingga ke kumpulan pelaksana berkongsi maklumat, idea, dan pengalaman dan permasalahan di dalam satu majlis yang sama; dan
  • Memberi ruang dan peluang kepada Pusat Pengajian Perakaunan untuk menjana sumber pendapatan untuk Pusat Pengajian.

 

Jadual Program 

Tentatif program SKPSA 2014 adalah seperti di dalam jadual di bawah. Bagaimanapun, program ini adalah tertakhluk kepada perubahan. Sila rujuk laman ini untuk perkembangan dan jadual terkini.

Selasa - 5hb Ogos 2014
01:00pm - 09:30pm Pendaftaran peserta-peserta seminar.
05:00pm Majlis “High-Tea” dan Aluan Pengerusi “Overview of the Seminar”.
Rabu - 6hb Ogos 2014
08:00am Ketibaan peserta-peserta seminar serta tetamu-tetamu jemputan.
08:30am Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
08.45am Ucapan Aluan oleh YBhg Prof. Dato’ Wira Naib Canselor UUM
09.15am Majlis Perasmian oleh YBhg Tan Sri Dr. Mohd Shukor Hj Mahfar
10.00am Minum Pagi
10.30am

Ucaptama oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Mohd Shukor Hj Mahfar
“Pengurusan dan Pentadbiran Cukai Yang Kreatif, Inovatif dan Efektif Membantu Mengelak Ketirisan Cukai."

12.15pm Makan Tengahari
02.00pm

Sesi 1: Bersama Ketua Audit Negara Malaysia(JANM)
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Setia Hj Ambrin Bin Buang
“Prestasi Entiti Kerajaan Berdasarkan Implimentasi Indeks Akauntabiliti
(2007-2013): Isu dan Cabaran”.
Muat Turun Power Point Slide

03.30pm Minum Petang
04.00pm

Sesi 2: Presiden Transparency International (Malaysia)
Yang Berbahagia Datuk Akhbar Sattar
“Integriti Sektor Awam: Ancaman Rasuah dan Cara Menanganinya”.
Muat Turun Power Point Slide

05.30pm Rehat
08.30pm Makan Malam GALA dan Persembahan Kebudayaan
Khamis - 7hb Ogos 2014  
08.30am 

Sesi 3: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
Puan Noraini Alias
“Strategi Pengumpulan Data Baki Awal Aset Dan Liabiliti Dalam Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan”.
Muat Turun Power Point Slide

10.00am  Minum Pagi
10.15am

Sesi 4: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
Encik Er Beng Kiong
“Perakaunan Hartanah, Loji dan Peralatan Dalam Konteks Pelaksanaan Perakaunan Akruan.”
Muat Turun Power Point Slide

11.30am

Sesi 5: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mazlan Yusoff
“Perkhidmatan Awam Masa Hadapan: Isu, Cabaran dan Cara Menanganinya”.
Muat Turun Power Point Slide

01.00pm Penutup
  Makan Tengahari
  Lawatan (Dengan Pilihan)
  Seminar Tamat
Hubungi Kami

Dr. Rose Shamsiah Samsudin, 
Pertanyaan Am 
Tel: 019 477 4267 / 04 928 7315
Fax: 04 928 7216
E-mail: [email protected]

Dr. Basariah Salim 
Pembayaran 
Tel: 019 470 0474 / 04 928 7203
Fax: 04 928 7216
E-mail: [email protected]

Puan Azimah Abdullah 
Pendaftaran Peserta 
Tel: 019 475 3122 / 04 928 7213/7212/7211
Fax: 04 928 7216
E-mail: [email protected]

Dianjurkan oleh