SKPSA 2019

Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam

18-20 JULAI 2019 . The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru, Johor

Seminar ini dirangka dengan mantap dan menyeluruh untuk mencakupi isu-isu dan cabaran-cabaran yang berkaitan dengan tadbir urus sektor awam. Berkonsepkan perkongsian maklumat, idea dan pengetahuan mengenai isu-isu semasa meliputi perakaunan, pengauditan dan integriti dalam tadbir urus organisasi akan dikemukakan melalui kertas kerja yang akan dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Pada 28 hingga 30 Ogos 2012 yang lalu, SKPSA 2012 buat pertama kalinya telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perakaunan. Dengan tema "Memperkasa Integriti Sektor Awam Melalui Pemantapan Sistem Kewangan dan Pengauditan", seminar ini telah diadakan dengan jayanya di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, Sabah menarik penyertaan seramai 170 orang kakitangan kementerian, jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga agensi-agensi kerajaan.

Pada 26 hingga 29 Ogos 2013, SKPSA 2013 telah dianjurkan di Kuala Terengganu pula. Seminar dengan tema "Melestari Perkhidmatan Kelas Pertama Sektor Awam Melalui Inovasi Kewangan dan Pengauditan" telah menarik penyertaan seramai 149 orang peserta. Manakala pada 5 - 9 Ogos 2014, SKPSA 2014 dengan tema Modenisasi Sektor Awam: Mendepani Cabaran Pentadbiran Kewangan Yang Telus dan Mampan telah berjaya menarik penyertaan seramai 180 orang peserta di Melaka, Bandaraya Bersejarah. 

Selain semangat dan keinginan Pusat Pengajian untuk terus menyumbang kepada masyarakat dalam perkongsian ilmu di bidang kewangan dan pengauditan sektor awam, penganjuran seminar untuk tahun 2015 ini dirangka dengan mantap dan menyeluruh untuk mencakupi isu dan cabaran yang berkaitan dengan tadbir urus sektor awam. Berkonsepkan kepada perkongsian maklumat, idea dan pengetahuan mengenai isu-isu semasa meliputi perakaunan, pengauditan, innovasi dan integriti dalam tadbir urus organisasi akan dikemukakan melalui kertas kerja yang akan dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang pakar di bidang masing-masing.

Penganjuran Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam 2015 juga sebagai memenuhi permintaan para peserta SKPSA 2012, 2013 dan 2014 yang mahu seminar ini diadakan setahun sekali sebagai tali penghubung di antara para warga kerja sektor awam di dalam bidang perakaunan dan pengauditan dan dengan ahli akademik. Menurut mereka, sebagai pengamal perakaunan di sektor awam, jarang sekali wujud seminar yang diadakan khusus untuk akauntan dan juruaudit sektor awam bagi memberi ruang mereka meningkatkan pengetahuan dan berkongsi pengalaman berkenaan bidang mereka, sekaligus mengutip mata CPD (continuous professional development) untuk kegunaan keahlian badan profesional.

Tema SKPSA 2015

Budaya Kecemerlangan Berteraskan Prestasi Pengurusan Kewangan Yang Mantap

Peserta

Persidangan ini adalah terbuka kepada ahli-ahli akademik, para penyelidik, pegawai-pegawai sektor kerajaan terutamanya Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan-Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan dan pihak-pihak lain yang berminat.

Objektif

Objektif seminar ini adalah untuk:

  • Memperkenal serta menjelaskan konsep-konsep asas dan juga isu-isu terkini mengenai perakaunan dan pengauditan di sektor awam;
  • Membincang, meningkatkan kefahaman dan mengenengahkan isu-isu dan cabaran berkaitan dengan tadbir urus sektor awam supaya membolehkan perbincangan bermakna bagi para peserta;
  • Menyediakan ruang kepada warga sektor awam dari kumpulan pengurusan atasan hingga ke kumpulan pelaksana berkongsi maklumat, idea, dan pengalaman dan permasalahan di dalam satu majlis yang sama; dan
  • Memberi ruang dan peluang kepada Pusat Pengajian Perakaunan untuk menjana sumber pendapatan untuk Pusat Pengajian.

 

 

Aturcara

Aturcara program SKPSA 2015 adalah seperti di dalam jadual di bawah:

 

Ahad - 26 Julai 2015
01:00pm - 09:30pm Pendaftaran peserta-peserta seminar.
05:00pm Majlis “High-Tea” dan Aluan Pengerusi “Overview of the Seminar”.
Isnin - 27 Julai 2015
08:00am Ketibaan peserta-peserta seminar serta tetamu-tetamu jemputan.
08:30am Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
08.45am Ucapan Aluan oleh YBhg Prof. Dato’ Wira Naib Canselor UUM
09.15am Majlis Perasmian
10.00am Minum Pagi
10.30am

Sesi 1: Kementerian Kewangan Malaysia
“Pelaksanaan GST dan Implikasinya Kepada Sistem Hasil dan Perbelanjaan Entiti Kerajaan."
Muat Turun Power Point Slide

12.15pm Makan Tengahari
02.00pm

Sesi 2: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
“Perkongsian Pengalaman: Isu-Isu Utama Dalam Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)”.
Muat Turun Power Point Slide

03.30pm Minum Petang
04.00pm

Sesi 3: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
“Mengukuhkan Sistem Dalaman Yang Dapat Menyokong Pencegahan Rasuah”.
Muat Turun Power Point Slide

05.30pm Rehat
08.30pm Makan Malam GALA dan Persembahan Kebudayaan
Selasa - 28 Julai 2015  
08.30am 

Sesi 4: Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM)  
“Tanggungjawab Dalam Melaksanakan Tindakan Berdasarkan Penemuan dan Teguran Daripada JANM: Inisiatif dan Kemajuan Entiti Sektor Awam”.
Muat Turun Power Point Slide

10.00am  Minum Pagi
10.15am

Sesi 5: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
“Keupayaan Mengimplementasi Perakaunan Akruan di Sektor Awam: Isu dan Cabaran.”
Muat Turun Power Point Slide

11.30am

Sesi 6: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
“Konsep dan Isu Berkaitan Rosotnilai (Impairment) dan Anggaran Perakaunan (Accounting Estimation)”.
Muat Turun Power Point Slide

02.00pm

Lawatan dan Rekreasi Luar

Rabu - 29 Julai 2015  
08.30am 

Sesi 7: Institut Integriti Malaysia (IIM)
“Membudayakan Integriti Sebagai Inisiatif Mempertingkat Akauntabiliti dan Ketelusan dalam Pentadbiran Kerajaan”.
Muat Turun Power Point Slide

10.15am  Minum Pagi
11.00am  Sesi Penutup dan Seminar Tamat

 

Hubungi Kami

Dr. Rose Shamsiah Samsudin, 
Pertanyaan Am 
Tel: 019 477 4267 / 04 928 7315
Fax: 04 928 7216
E-mail: [email protected]

Dr. Basariah Salim 
Pembayaran 
Tel: 019 470 0474 / 04 928 7203
Fax: 04 928 7216
E-mail: [email protected]

Puan Azimah Abdullah 
Pendaftaran Peserta 
Tel: 019 475 3122 / 04 928 7213/7212/7211
Fax: 04 928 7216
E-mail: [email protected]

Dianjurkan oleh