SKPSA 2019

Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam

18-20 JULAI 2019 . The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru, Johor

Latar Belakang

Seminar ini dirangka dengan mantap dan menyeluruh untuk mencakupi isu-isu dan cabaran-cabaran yang berkaitan dengan tadbir urus sektor awam. Berkonsepkan perkongsian maklumat, idea dan pengetahuan mengenai isu-isu semasa meliputi perakaunan, pengauditan dan integriti dalam tadbir urus organisasi akan dikemukakan melalui kertas kerja yang akan dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Peserta

Persidangan ini adalah terbuka kepada ahli akademik, para penyelidik, pegawai sektor kerajaan terutamanya Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, dan Pihak-pihak lain yang berminat.

Objektif

  • Memperkenal serta menjelaskan konsep-konsep asas dan juga terkini mengenai perakaunan dan pengauditan di sektor awam agar seminar dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang perkembangan semasa berhubung isu-isu berkenaan;
  • Membincang, meningkatkan kefahaman dan membahas kan isu-isu dan cabaran berkaitan dengan tadbir urus sektor awam; dan
  • Menyediakan ruang kepada warga sektor awam daripada kumpulan pengurusan atasan hingga ke kumpulan pelaksana berkongsi maklumat, idea, dan pengalaman dan permasalahan.

 

Muaturun Brosur

 

 

Jadual Program

Tentatif program SKPSA 2018 adalah seperti di dalam jadual di bawah. Bagaimanapun, program ini adalah tertakhluk kepada perubahan. Sila rujuk laman ini untuk perkembangan dan jadual terkini.

Isnin - 2 Julai 2018
02:00pm - 03:30pm Pendaftaran peserta
03:30pm - 05:00pm Majlis minum petang dan taklimat peserta
08:30pm - 10:30pm Makan Malam dan Perasmian
Selasa - 3 Julai 2018
08:30am - 10.00am Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia ke Arah Memantapkan Tadbir Urus Negara Berdasarkan Prinsip Maqasid Syariah
Unit Indeks Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
10.00am - 10.15am Minum Pagi
10.15am - 11.30am

Audit Susulan oleh Pasukan Audit Dalam - Mengekang Ketakakuran Berulang, Melengkapkan Tindakan Pembetulan
Jabatan Audit Negara Malaysia

11.45am - 12.30pm Memahami Ciri-Ciri Frod (Red Flags) dan Bagaimana Mendepani Isu Dalam Menanganinya
Transparency International Malaysia
12.30pm - 02.15pm Makan Tengahari
02.15pm - 04.00pm Lawatan Luar Desa Dairy Farm (Little New Zealand), Kundasang
Rabu - 4 Julai 2018
08.30am - 10.00am  Pengurusan Risiko Yang Berkesan - Menangani Ancaman dan Mengoptima Peluang Ke Arah Mencapai Objektif Organisasi
Pengarah Inovastra Capital Sdn Bhd/Pengerusi Firma Audit Tempatan
10.00am - 11.30am Pengaplikasian 5K: Tonggak Integriti Penjana Kualiti Mampan Perkhidmatan Awam (Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Ketua Jabatan di Sektor Awam)
Moderator: YBhg Tan Sri Dato’ Setia Hj Ambrin Buang, Mantan Ketua Audit Negara, Merangkap Profesor Adjung TISSA-UUM
11.30am Penutup

 

Hubungi Kami

Dr. Rose Shamsiah Samsudin, 
Pertanyaan Am 
Tel: 019 477 4267 / 04 928 7315
Fax: 04 928 7216
E-mail: [email protected]

Dr. Basariah Salim 
Pembayaran 
Tel: 019 470 0474 / 04 928 7203
Fax: 04 928 7216
E-mail: [email protected]

Puan Azimah Abdullah 
Pendaftaran Peserta 
Tel: 019 475 3122 / 04 928 7213/7212/7211
Fax: 04 928 7216
E-mail: [email protected]

Dianjurkan oleh